Tuesday, November 08, 2005

CARA MUDAH KHATAM AL-QURAN

"Al-Quran terdiri drp 30 juz.Setiap juz mengandungi 10 helaian.Setiap helaian mengandungi 2 muka surat. Ini bermakna setiap juz mengandungi 20 muka surat. Sudah diketahui umum bahawa 1 tahun mengandungi 12 bulan. Pada kebiasaannya terdapat 6 bulan yg mengandungi 30 hari dan 6 bulan yg lain mengandungi 29 hari.


Hendaklah kita hadir ke masjid atau bersiap lebih awal utk menunaikan solat fardhu utk memudahkan kita membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 2 muka surat sebelum menunaikan solat.Kemudian apabila selesai solat fardhu kita baca lagi sebanyak 2 muka surat. Ini bermakna setiap solat fardhu (sebelum & selepas) kita akan membaca Al-Quran pada setiap hari sebanyak 20 muka surat bersama 1 juz.Seterusnya jikalau setiap hari 1 juz,bagaimana pula jika 30 hari atau 1 bulan? Bukankah kita dapat mengkhatamkan Al-Quran sekali dalam sebulan dgn mudah sekali!!! Untuk bulan-bulan yg mengandungi 29 hari pula kita gandakan bacaan sebanyak 5 muka surat pada setiap hari jumaat sebagai ganti kepada 1 hari yg kurang.

Sekiranya kita dapat manfaatkan kaedah yg sgt mudah diatas,insya Allah kita dapat mengkhatamkan Al-Quran sekurang-kurangnya 1 kali sebulan.Bagi mereka yg ingin mengkhatamkan Al-Quran 2 kali sebulan,maka dia perlu gandakan bacaan pada setiap hari.Tetapi,semua ini memerlukan kesungguhan.


KIRA-KIRA 1:
4 Muka Surat x 5 Solat Fardhu =20 Muka Surat / 1 hari
20 Muka Surat x 30 hari =1 kali khatam / 1 bulan



KIRA-KIRA 2:
20 Muka Surat x 29 hari + ( 5 Muka Surat x 4 Jumaat )
=1 kali khatam / 1 bulan

p/s: jom sama� kita cuba�cintailah Al-Quran